Wednesday, October 15, 2008

kali ke 3 kita bertemu


untuk kesekelian kalinya izinkan saya ghgh

Tuesday, April 22, 2008

terapi solat

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'perubatan melalui al-Quran'.

Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam kitab suci itu. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpuasa, penggunaan madu lebah dan biji hitam (black seed).

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.

Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam...begitulah keagungan ciptaan Allah.

Orang yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Petua Imam Shafie

4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

Cara tidur

1. Tidur para Nabi

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur para ulama dan ahli ibadah

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur raja yang haloba

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur syaitan

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Monday, April 14, 2008

BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

Salah seorang ahli tafsir terkemuka daripada kalangan tabiin (Mujahid Ibn Jabr) pernah berkata: aku telah mengkhatam Al Quran di sisi Ibn Abbas sebanyak 3 kali, aku berhenti pada setiap ayat untuk aku bertanya kepadanya. Kata-kata ini diambil daripada nota kaki SYeikh Abd. Qadir al Arnaouth dalam semakannya terhadap buku `At Tawwabin' karya al Maqdisi.
1-Tahap interaksi kita dengan Al Quran sentiasa berbeza mengikut keadaan dan kesesuaian masa.
  • Ada sesetengah dari kita yang hanya menumpukan bacaan tanpa memahami terjemahan maksud.
  • Ada juga yang membaca maksudnya tetapi tidak konsisten dan tidak berterusan.
  • Ada ramai di kalangan kita yang merujuk kepada Al Quran apabila kita memerlukan maklumat daripadanya atau ketika mencari bahan untukpenulisan.

Semuanya ini bagi saya adalah belum mencukupi.

2- Al Quran mesti dijadikan bahan bacaan secara berterusan oleh kita semua terutama yang ingin membina manhaj dalam mengamalkan Islam. Bacaan pula mestilah berserta terjemahan maksud. Bagi yang lebih maju, amat perlu utk kita meneliti pula kata-kata ulama tafsir dalam buku-buku tafsir berkaitan ayat yang kita sedang baca. Pembacaanberterusan ini akan memungkin kita mengkhatam maksud ayat-ayat Al Quran (walaupun secara ringkas) dan ini jauh lebih baik daripada sekadar mengkhatam bacaan Al Quran terutama pada bulan Ramadhan.

3- digalakkan bermula dengan 5 ayat sehari atau mungkin kurang daripada itu. Ini untuk mengelakkan kita daripada berhenti separuh jalan .

4- disarankan supaya apabila kita menemui ayat-ayat yang menimbulkan persoalan atau tidak jelas maksudnya, maka kita catat ayat itu dan kita tanyakan kepada yang tahu. Atau kita sendiri mencari maksud sebenarnya daripada buku-buku tafsir dan buku-buku lain. Ini penting kerana kita ingin memahami Al Quran dengan kefahaman yang jelas.

5- apa yang penting daripada cadangan ini ialah, kita akan mendapat gambaran bahawa ayat-ayat Al Quran perlu difahami secara keseluruhan kerana ia saling berkaitan. Membaca ayat Al Quran berserta maksudnya akan memberikan kita gambaran tentang perkara ini.